-->

PEMBAHAGIAN SHAR’ MAN QABLANA

SUDUT HUKUM | Shar’ man qablana adalah hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. kepada umat-umat terdahulu melalui nabi mereka seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Daud a.s, dan Nabi Isa a.s (Wahbah Zuhaili 2005: 101).

Persoalan yang timbul adalah, adakah syariat yang telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu dituntut untuk diamalkan pada umat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun ianya tidak disyariatkan lagi kepada umat Nabi Muhamad s.a.w tetapi hanya disyariatkan untuk umat-umat terdahulu sahaja. Untuk mengetahui persoalan ini ia perlu dilihat kepada pembahagian yang telah dibuat dalam bab ini (Wahbah Zuhaili 1998: 867).

PEMBAHAGIAN SHAR’ MAN QABLANA

Ulama’ telah berselisih pendapat tentang pensyariatannya kepada umat hari ini, oleh itu ulama’ telah membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu:

Bahagian yang pertama adalah hukum-hukum yang telah disyariatkan kepada umat terdahulu, tetapi tidak disebut di dalam syariat umat hari ini samaada di dalam Al-Quran mahupun Sunnah. Dalam bahagian yang pertama ini semua ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa ianya tidak disyariatkan kepada umat hari ini walaupun ianya disyariatkan kepada umat terdahulu (Wahbah Zuhaili 2005: 101).

Bahagian kedua pula adalah hukum-hukum yang disebut di dalam Al-Quran ataupun Sunnah dan ianya dengan jelas menunjukkan kefardhuan kepada umat hari ini sepertimana yang telah difardhukan kepada umat terdahulu. Dalam bahagian ini, ulama’ telah bersepakat bahawa ianya menjadi kefardhuan kepada umat hari ini, seperti ibadah puasa sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah iaitu :

يأيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu untuk berpuasa seperti yang telah diwajibkan kepada umat terahulu dari kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Surah Al-Baqarah 183:2)

Berdasarkan ayat di atas ini menunjukkan bahawa apa yang disyariatkan kepada umat terdahulu juga ada juga yang disyariatkan kepada umat hari ini (Abdul Karim Zaidan 1992: 260).

Bahagian ketiga pula adalah hukum yang dinyatakan oleh Allah Taa’la di dalam Al-Quran atau dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadithnya akan tetapi disana juga terdapat ayat lain yang menasakhkan hukum tersebut kepada umat hari ini. Ini bermakna bahawa hukum tersebut hanya dikhususkan untuk umat-umat terdahulu, bahagian ini juga telah disepakati oleh ulama bahawa ianya tidak disyariatkan kepada umat hari ini. Seperti contoh ayat dalam surah Al-Anaam.

وعلى الذين هادوا حرمنا كل ذى ظفر ومن البقر والغنم حرمنا عليهم شحومهمآ إلا ما حملت ظهورهمآ أو الحوايآ أو ما اختلط بعظم ذلك جزيناهم ببغيهم وإن لصادقون.
Maksudnya: Dan kepada orang-orang yahudi kami haramkan segala binatang yang berkuku satu, sapi dan domba, Kami haramkan untuk mereka lemaknya, selain lemak yang ada di punggungnya atau di perut atau yang bercampur dengan tulangnya itulah hukuman kami kepada mereka, disebabkan kedurhakaan mereka sesungguhnya kamilah yang benar” (Surah Al-Anaam 146:6)

Hukum dalam ayat diatas telah dinasakhkan dengan ayat ini.

قل لآ أجد فى مآ أوحي إلى محرما على طاعم يطعمه إلآ أن يكون ميتة أو دما مسفوحا أو لحم خنزير فإنه رجس أو فسقا أهل لغير الله به, فمن اضطر غير باغ ولا عاد فإن ربك غفور رحيم.

Maksudnya: Katakanlah tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku bahawa ada yang terlarang untuk dimakan oleh orang yang hendak memakannya selain dari bangkai, darah yang mengalir, daging babi sebab sungguh kotor atau apa-apa kejahatan yang disembelih selain nama Allah. Tetapi siapa yang dalam keadaan terpaksa tidak sengaja melakukan kesalahan dan melanggar hukum maka tuhanmu maha pengampun dan maha penyayang” (Surah Al-Anaam 145:6)

Begitu juga dalam hadith Nabi s.a.w, yang menyatakan dan menunjukkan apa yang diharamkan kepada umat terdahulu telah dihalalkan kepada umat hari ini.

Selain itu, pengharaman untuk mengambil ghanimah atau harta rampasan perang kepada umat terdahulu juga telah dihalalkan kepada umat hari ini seperti yang terdapat didalam hadith Nabi s.a.w.

وأحلت لى الغنائم ولم تحمل قبلي
Maksudnya: “Dan aku menghalalkan kepada kamu ghanimah yang kamu tidak boleh ambil sebelum ini”.

Hadith ini menunjukkan bahawa apa yang telah dilarang kepada umat terdahulu telah dihalalkan kepada umat hari ini. (Abdul Karim Zaidan 1992: 261).

4- Hukum-hukum yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran atau di dalam Hadith Rasulullah S.A.W yang disayariatkan kepada umat sebelum ini tetapi tidak terdapat dalil yang menunujukkan bahawa ianya disyariatkan kepada umat hari ini ataupun tidak. Begitu juga tidak terdapat ayat yang menasakhkan hukum tersebut. Terdapat perselisihan ulama tentang perkara ini. Contohnya ayat qisas dalam syariat Yahudi yang terdapat didalam Al-Quran iaitu:

وكتبنا عليهم فيهآ أن النفس بالنفس والعين بالعين والأنف بالأنف والأذن بالأذن والسن بالسن والجروح قصاص, فمن تصدق به فهو كفارة له, ومن لم يحكم بمآ أنزل الله فأولآئك هم الظالمون.
Maksudnya: Dan telah kami perintahkan didalamnya bahawa jiwa dibayar dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, dan gigi dengan gigi bahkan luka pun ada balasannya, barang siapa yang dengan rela menjalankan hukum itu menjadi tebusan dosa baginya. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah itulah orang-orang yang melanggar peraturan(Surah Al-Maidah 45:5)

Begitu juga dalam kisah pembahagian air antara Nabi Soleh a.s. dengan kaumnya seperti di dalam Al-Quran iaitu:

ونبئهم أن الماء قسمة بينهم, كل شرب محتضر
Maksudnya: Dan sampaikanlah kepada mereka, bahawa air itu dibahagi antara mereka, setiap yang berhak minum itu dapat hadir. (Surah Al-Qamar 28:45)

Untuk bahagian yang terakhir ini terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama’ samaada ianya menjadi syariat kepada umat terdahulu sahaja ataupun tidak. (Wahbah Zuhaili 2005: 102)Shar’ man qablana adalah hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. kepada umat-umat terdahulu melalui nabi mereka seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Daud a.s, dan Nabi Isa a.s (Wahbah Zuhaili 2005: 101).

Persoalan yang timbul adalah, adakah syariat yang telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu dituntut untuk diamalkan pada umat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun ianya tidak disyariatkan lagi kepada umat Nabi Muhamad s.a.w tetapi hanya disyariatkan untuk umat-umat terdahulu sahaja. Untuk mengetahui persoalan ini ia perlu dilihat kepada pembahagian yang telah dibuat dalam bab ini (Wahbah Zuhaili 1998: 867).

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel