Syeikh Ismail Zain al-Yamani
Saturday, 2 August 2014
SUDUT HUKUM | Nama
lengkap beliau adalah Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh Ismail bin Ismail bin
Usman bin Ali bin Salimbin Abdurrahman bin Abi Ghaits bin Ibrahim bin Ismail
bin Muhammad az-Zain.
Beliau di lahirkan pada
bulan Rabi`ul Awal tahun 1352 hijriyyah di kota Dhahi, kota ini terletak di
wilayah Wadi Sardud, kota yang banyak mengeluarkan ulama dan orang yang
shaleh-shaleh.
Sifat, tabi`at, dan
bentuk tubuhnya
Syeikh Ismail memiliki tubuh yang sedang-sedang saja, tidak kurus dan juga
tidak gemuk, pembawaannya selalu santai dan tenang, tidak berbicara kecuali
sekedar keperluan, beliau sangat di cintai oleh penduduk kampungnya, bersifat
zuhud, wara`, tawadhuk, tidak suka membuangkan masa kepada perkara-perkara yang
tidak perlu, menghornati ulama dan orang tua, rajin bekerja dan taat beribadah.
Belajar Ilmu agama
Dari kecilnya telah
belajar ilmu agama atas didikkan ayahandanya, banyak sekali kitab-kitab yang
telah beliau habiskan, diantara kitab-kitab yang beliau baca dan pelajari
adalah ; Safinatu an-Naja, al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Matan al-Ajurumiyyah,
dan beliau banyak menghapal matan-matan kitab.
Selain belajar ilmu
agama dari ayahnya, beliau juga telah belajar dari banyak ulama-ulama yang
berada di kotanya, kerajinan dan kegigihan beliau terhadap illu agama sangat
tinggi sekali, setiap disiflin ilmu agama beliau pelajari dengan
sungguh-sungguh, dari mulai Fiqih, Tafsir, Hadis, Nahu, Taswuf, Fara`idh,
Sorof, TauhidUsul Fiqih, Mantiq, Balaghah `Arudh dan lain-lainnya.
Pada tahun 1375
hijriyah beliau mulai mengajar di kotanya dan di kota az-Zaidiyyah, para
guru-gurunya sangat senang sekali, sebab mereka melihat beliau memiliki
pemahaman yang lurus, kecerdasan yang tinggi, banyak diantara teman-temannya
juga ikut mendengarkan pengajian beliau, para pelajar memadati halaqah
pengajiannya.
Berhijrah ke Makkah
Mukarramah
Pada tahun 1380
hijriyah beliau berhijrah ke Makkah al-Mukarramah dan berniat untuk menetap di
Makkah, dari tahun inilah beliau sibuk untuk mengajar, mengarang kitab,
mentela`ah kitab, mulailah ulama-ulama Makkah mengenali keilmuan beliau,
disamping itu beliau juga belajar dengan ulama besar yang masih hidup di kota
suci tersebut, dari pengajianSyeikh Hasan Masyath, Syeikh Muhammad al-Arabi
at-Tabbani, Syeikh Muhammad Yahya Aman, Syeikh Hasan Sa`id Yamani, Syeikh Alawi
al-Maliki dan lain-lainnya.
Pada tahun 1382
hijriyyah beliau mulai mengajar di Madrasah as-Solatiyyah al-Hindiyyah yang
terkerkenal dengan keberkataannya, beliau diangakat menjadi guru tingkat
Tsanawiyah dan Aliyyah dalam jangka 23 tahun.
Disamping beliau
mengajar di Madrasah Solatiyyah,beliau juga mengajar di Masjid al-Haram dan di
rumah pribadinya, para penuntut ilmu banyak mendatangi pengajian beliau,
terlebih-lebih pelajar dari Indonesia, Malaysia dan Fathoni (Thailand ), nama
beliau menjadi masyhur di kalangan ulama terlebih-lebih di kalangan ulama
Syafi`iyyah di Makkah dan sekitaranya, sehingga beliau menjadi sumber fatwa
permasalahan-permasalahan yang baru, waktu beliau di habiskan untuk mengajar
dan memberikan fatwa, terkadang-kadang datang dari negara Indonesia permohonan
fatwa dari permasahan yang baru.
Para guru-guru beliau :
Diantara guru-guru
beliau adalah :
1 - Ayahandanya Ismail
bin Usman Zain al-Yamani.
2 - Sayyid Umar `Awadh
al-Ahdal.
3 - Sayyid Abdul Qadir
Qadiri al-Hasani.
4 - Sayyid Husein bin
Muhammad az-Zawak.
5 - Sayyid Muhammad bin
Muhammad ibni Abdurrahman al-Qadimi.
6 - Sayyid Muhammad bin
Yahya Dum al-Ahdal.
7 - Syeikh Islam Sayyid
Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal.
8 - Sayyid Muhammad bin
Hasan bin Abdul Bar al-Ahdal.
9 - Syeikh Alawi bin
Abbas al-Maliki al-Makki.
10 - Syeikh Muhammad
al-Arabi at-Tabbani.
11 - Syeikh Hasan
Masyath.
12 - Syeikh Muhamad
Yahya Aman.
13 - Syeikh Hasan Sa`id
Yamani.
14 - Sayyid Muhammad
Amin Kutubi.
15 - Syeikh Muhammad
Yasin al-Fadani.
16 - Syeikh Amin
at-Torablusi.
17 - Syeikh Hasanain
Makhluf.
18 - SYeikh Ahmad
Hamadah.
19 - Syeikh Ibrahim Abu
an-Nur Syafi`i.
20 - Syeikh Muhammad
Ilyas.
21 - SYeikh Muhammad
Zakaria al-Kandahlawi.
22 - Syeikh Muhammad
Yusuf Banuri.
23 - Syeikh Abdullah
Sirajuddin.
24 - Syeikh Bakri
Rajab.
25 - Syekh Abdullah
Shiddiq al-Ghumari.
26 - Syeikh Abdul Aziz
Shiddiq al-Ghumari.
27 - Syeikh Abdul Wasi`
al-Wasi`i.
28 - Syeikh Muhammad
Makki bin Muhammad bin Ja`fari al-Kattani.
29 - Syeikh Muhammad
bin Salim bin Hafizh al-Yamani.
30 - Syeikh Abdullah
bin Abdul Karim al-Jarafi
Dan lain-lain.
Diantara Murid-murid
beliau adalah :
1 - Syeikh Muhammad bin
Ismail al-Yamani al-Makki.( * )
2 - Syeikh Ahmad
Jamhuri al-Banjari.( * )
3 - Syeikh Zainal Abidin
Jefri al-Banjari.( * )
4 - Syeikh Mahmud Said
Mamduh al-Qahiri.( * )
5 - Syeikh Ibrahim
Zannun al-Mandili.( * )
6 - Syeikh Abdul Malik
Raihan bin Abdul Qadir al-Mandili.( * )
7 - Syeikh Muhammad
Husni Tamrin Jefri al-Banjari.( * )
9 - Syeikh Ali Jum`ah (
Mufti Mesir ).( * )
10 - Syeikh Husein
Siraj al-Fathani. ( * )
11 - Syeikh Khalid bin
Abdul karim Turkistani.( * )
12 - Syeikh Asyrof
Ismail at-Tijani.( * )
13 - Syeikh Muhammad
Nuruddin al-Banjari.( * )
14 - Syeikh Ibrahim bin
Abdullah al-Ahsa`i.( * )
15 - Syeikh Hamid bin
Akram al-Bukhari. ( * )
16 - Syeikh Abdullah
bin Naji al-Makhlafi.
17 - Syrikh Ahmad bin
`Asyur al-Makki.( * )
18 - Syeikh Yusuf bin
Abdurrahman al-Mar`asyli. ( * ).
19 - Syeikh Soleh Ahmad
bin Muhammad Idris al-Arkani.
20 - Syeikh Abdul Fatah
Husein Rowah ( Rawa-red ).
Diantara hasil karangan
beliau adalah :
1 - Arba`una Hadisan Fi
al-Mawa`izh Wa al-Ahkam.
2 - Irasyadu al-Mu`min
Fi Fadha`ili Zikri Rabbi al-`Alamin.
3 - Is`afu at-Thullab
Bi Syarhi Nizomi Qawa`idi al-I`rab.
4 - al-Jawabul
al-Wadhih as-Syahir Fi al-Ghazawat.
5 - Daiwan al-Khithabi
al-Minbariyyah.
6 - Risalah Ziyarah Fi
Jabal Uhud.
7 - Risalah Fi Maudhu`i
al-Halq Wa at-Taqshir Fi an-Nusuk.
8 - Risalah Haula
Istikhdami Mukabbirati as-Shaoti Fi al-Masajid.
9 - Risalah Tata`allaqu
Bi as-Shalati Fi at-Tha`irah.
10 - Dhu`u as-Syam`ah
Fi Khususiyati al-Jum`ah.
11 - Shilatu al-Khalaf
Bi Asanid as-Salaf.
Dan lain-lain.
Setelah menghabiskan
masa dan umurnya untuk menebarkan ilmu tanpa jemu dan lelah akhirnya beliau
meninggal dunia pada hari rabu 21 Zul Hijjah 1414 hijriyyah, di sembahyangkan
setelah shalat subuh di Masjid Haram pada hari kamis kemudian di kuburkan di
perkuburan Ma`la berhampiran dengan kuburan Sayyidah Asma` binti Abu Bakkar
r.a.
Rujukkan :
1 - Kasyfu al-Ghain An
Nabadzati Hayati Ismail az-Zain : halaman :17 ,Syeikh Ismail Zain, Dar
al-Qudus.
2 - Mu`jam al-Ma`ajim
Wa al-Masya`ikh Wa al-Faharis Wa al-Baramij Wa al-Atsbat : 85 / 3, karangan
Doktor Yusuf al-Mar`asyli, Maktabah ar-Rusyd.
3 - `Aqdu al-Jauhar Fi
Ulama ae-Rub`i al-Awwal Min al-Qarni al-Khamis `Asyar,:1754 / 2 , Doltor Yusuf
al-Mar`asyli , Dar Makrifah, Libanon.
Tanda ( * ) adalah sebagai guru saya dan saya meriwayatkan dari mereka.
(SUMBER : http://nurmunawwir.blogspot.com/2011/12/biografi-syeikh-ismail-zain-al-yamani.html)
(SUMBER : http://nurmunawwir.blogspot.com/2011/12/biografi-syeikh-ismail-zain-al-yamani.html)