Pengetahuan Ilmu Modern Tentang Memelihara Anjing
Monday, 22 June 2015
Sudut Hukum | Barangkali akan kita jumpai di tempat-tempat kita ini beberapa orang yang sedang asyik terhadap Barat, sehingga mereka menganggap Barat itu mempunyai kehalusan budi dan perikeimanusiaan yang tinggi serta menaruh kasih sayang kepada semua haiwan yang hidup. Mereka menganggapnya, bahawa Islam itu bersikap keras terhadap haiwan yang dapat dipercaya, tunduk dan beramanat.
Kepada
mereka ini akan kami bawakan suatu ertikel ilmiah yang sangat berharga sekali,
ditulis oleh seorang sarjana pakar dari Jerman. Ertikel tersebut menjelaskan
betapa bahayanya yang akan ditimbulkan kerana memelihara anjing. Ia mengatakan:
"Bertambahnya musibah yang diderita umat manusia pada tahun terakhir yang disebabkan oleh anjing, memaksa kita untuk memperhatikan secara khusus tentang betapa bahaya yang nampak sekali yang disebabkan oleh anjing, lebih-lebih situasinya bukan terbatas kerana memelihara itu ansich, tetapi sampai kepada bermain-main dan menciumi serta mengusap-usap anjing dengan tangan oleh anak-anak kecil dan orang-orang dewasa. Bahkan banyak sekali anjing-anjing itu menjilat bekas bekas makanan yang ada di piring orang tempat menyimpan makanan dan minuman manusia."
Kebiasaan-kebiasaan
jelek yang kami sebutkan di atas akan sangat bertentangan dengan perasaan yang
sihat dan tidak mungkin dapat diterima oleh kesopanan manusia. Lebih lebih
persoalan ini sangat kontras dengan kebersihan dan kesihatan. Tetapi kami tidak
akan membicarakan persoalan ini ditinjau dari segi tersebut, kerana telah
menyimpang dari pokok persoalan yang sedang dibahas dalam studi ilmiah ini.
Biarlah itu kita serahkan kepada masalah pendidikan budi-pekerti dan pendidikan
jiwa untuk menentukannya.
Di sini
akan kita tinjau dari segi kesihatan - dan itulah yang kami anggap sangat
penting dalam pembahasan ini - sebab bahaya yang sangat mengancam kesihatan
manusia dan kehidupannya yang disebabkan memelihara anjing tidak boleh dianggap
remeh. Banyak orang yang terpaksa harus mengorbankan wang yang tidak sedikit kerana
digigit oleh anjing, apabila cacing pita anjing itu justeru yang menyebabkan
penyakit yang berkepanjangan. Bahkan tidak kurang juga penderita yang akhirnya
menemui ajalnya.
Cacing
ini bentuknya sangat kecil sekali, dan disebut cacing pita anjing. Cacing ini akan tampak pada diri manusia dalam bentuk
jerawat. Cacing ini terdapat juga pada haiwan-haiwan lain terutama babi, tetapi
pertumbuhannya tidak secepat cacing pita anjing. Terdapat juga pada anak-anak
anjing hutan dan serigala, tetapi jarang ada pada kucing.
Cacing pita anjing ini berbeza sangat dengan
cacing-cacing pita lainnya, dan sangat kecil sekali, sehingga hampir-hampir
tidak dapat dilihat, dan tidak dikira dia itu hidup kecuali setelah beberapa
tahun lamanya.
Selanjutnya Dr. Graard Pentsmar menulis ertikel
tersebut berkata: Perkembangan tumbuhnya cacing pita anjing ini dalam ilmu
hewan ada beberapa keanehan tersendiri, misalnya satu telur dapat menumbuhkan
kepala-kepala casing pita yang banyak sekali dengan membawa bisul-bisul
(jerawat) yang timbul kerana cacing tersebut. Telur-telur ini akan memungkinkan
untuk menumbuhkan jerawat-jerawat yang berbeza-beza pula. Demikianlah, bahawa
kepala-kepala cacing yang ditumbuhkan kerana bisul-bisul itu akan berubah
menjadi cacing-cacing pita lagi yang dapat terbentuk dengan sempurna dan
berkembang dalam usus-usus anjing.
Cacing-cacing ini tidak dapat tumbuh pada diri manusia
dan hewan, melainkan berupa jerawat-jerawat dan bisul-bisul baru yang satu lama
lain sangat berbeza dengan cacing pita itu sendiri. Bisul yang terdapat pada
haiwan tidak bisa lebih dari sebesar kepal, dan itupun sebenarnya sangat jarang
sekali. Justeru itu kalau diperhatikan, bahawa timbangan hati akan bisa
bertambah yang kadang-kadang tambahnya itu mencapai 5 sampai 10 kali dari berat
hati biasa. Tetapi bisul yang ada pada manusia bisa mencapai sebesar kepal
tangan atau sebesar kepala anak kecil dan penuh dengan nanah yang beratnya 10
sampai 20 kati.
Kebanyakan bisul ini menyerang hati manusia dan akan
nampak dalam bentuknya yang berbeza-beza, tetapi, kebanyakan kemudian pindah
pada paru-paru, lengan, limpa dan anggota yang lain. Semua ini dapat berubah
bentuk hendakpun keadaannya dengan perubahan yang besar sekali, sehingga dalam
waktu relatif pendek sukar untuk dapat dibezakan dari yang biasa.
Walhasil, bahawa bisul ini kalau sampai timbul sangat
mengancam kesihatan dan hidupnya si penderita dan berat untuk kita bisa
mengetahui perkembangan sejarah hidupnya, membiaknya dan membentuknya. Sampai
hari ini belum ada jalan untuk mengubatinya. Cuma kadang-kadang cacing-cacing
ini akan mati dengan sendirinya dan kadang-kadang justeru bahan-bahan yang
tidak dapat diterima oleh tubuh itu sendiri yang bekerja untuk membinasakan
kuman-kuman tersebut. Menurut penyelidikan yang mutakhir, bahawa tubuh manusia
yang dalam keadaan seperti ini justeru menjadi bahan ubat untuk melawan kuman
tersebut serta mematikan bekerjanya racun.
Dan yang sangat menyedihkan, bahawa matinya
cacing-cacing itu jarang sekali tidak meninggalkan pengaruh dan menimbulkan
bahaya, dibandingkan dengan lainnya. Lebih-lebih cara untuk membanteras
penyakit ini dengan jalan kimia tidak lagi berguna. Satu-satunya jalan ialah
dengan operasi. Lama tidak dioperasi si penderita tidak akan dapat
terlepas dari bahaya. Yakni pengubatan cara lain tidak lagi berguna.
Sebab-sebab ini semua, memaksa kita untuk berbuat
cara-cara yang mungkin guna membanteras penyakit yang sangat berbahaya demi
melindungi manusia dari bahaya yang datangnya misteri itu.
Prof. Dr. Nawalr dalam analisanya tentang bangkai di
Jerman, mengatakan: Bahawa di Jerman penderitaan yang dialami oleh umat manusia
yang disebabkan bisul cacing pita anjing tidak kurang dari 1% atau lebih.
Sedang negara-negara lain yang diserang penyakit ini, iaitu di bagian selatan
Nederland, Daimasia, Krim, Islandia, Tenggara Australia, propinsi Frisland di
negeri Belanda di mana anjing-anjing selalu dipakai untuk menarik, maka
penderitaan yang ditimbulkan kerana cacing pita tidak kurang dari 12%. Sedang di Islandia sendiri antara 43% penduduk negara tersebut
yang menderita kerana bisul cacing pita.
Kalau kita sudah tahu betapa kerugian yang akan
menimbulkan makanan manusia yang ditimbulkan oleh haiwan yang membahayakan ini
sampai kepada bahaya yang mengancam kesihatan manusia kerana adanya cacing pita
itu, maka tidak seorang pun yang akan menentang, bahawa menjauhkan haiwan ini
adalah termasuk salah satu keharusan, demi menjaga dan melindungi makanan
rakyat. Lebih-lebih segi-segi yang mungkin dapat menyelamatkannya hingga kini
masih sangat mengkhuatirkan. Dari saat ke saat, wabak ini akan menular.
Jalan yang paling ampuh untuk membanteras wabak ini
ialah kita harus bekerja dengan giat untuk mengurung cacing pita ini hanya pada
anjing dan dijaga jangan sampai tersebar luas. Hal ini kita tempuh, justeru kita
tidak lagi mampu untuk melarang orang jangan memelihara anjing sama sekali ...
Dan jangan dilupakan juga kita harus mengubati anjing itu sendiri, iaitu dengan
jalan menghilangkan cacing pitanya yang terdapat dalam usus-ususnya itu.
Caranya ialah mengoperasi anjing-anjing tersebut, dan ini telah biasa dilakukan
terhadap anjing pelacak dan penjaga.
Dan demi menjaga kesihatan dan kelangsungan hidup
manusia, dapat juga kiranya dijaga dengan teliti sekali, jangan bermain-main
dan berdekat-dekat dengan anjing. Begitu pula anak-anak supaya tidak
membiasakan bergaul dengan anjing, jangan biarkan tangannya dijilat anjing dan
jangan diperkenankan anjing-anjing itu tinggal di tempat bermainnya anak-anak.
Sebab sangat disesalkan, sering kita lihat ada beberapa anjing yang berkeliaran
di tempat-tempat olahraga anak-anak.
Disamping itu harus disediakan pula bejana-bejana
khusus untuk makanan anjing. Jangan dibiarkan anjing-anjing itu menjilat
piring-piring yang biasa dipakai makan manusia. Jangan pula dibiarkan anjing-anjing
itu keluar-masuk di kedai-kedai makanan, pasar-pasar umum, warung-warung dan
sebagainya. Dan semua orang pun harus mengambil bagian khusus untuk
menghindarkan anjing dari apa saja yang bersentuhan dengan makanan dan minuman
manusia.
Dengan demikian, maka kita pun tahu betapa Nabi
Muhammad melarang kita untuk bergaul dengan anjing dan memperingatkan kita
jangan sampai bejana-bejana kita itu dijilat oleh anjing serta melarang
memelihara anjing, kecuali kerana diperlukan. Betapa pula sesuainya ajaran Muhammad
dengan pengetahuan moden dan ilmu kedoktoran yang mutakhir!
Dalam hal ini kami tidak akan memperpanjang perkataan,
kiranya cukup apa yang dikatakan al-Quran:
"Muhammad tidak berbicara yang keluar dari hawa nafsunya. Tidak lain yang dikatakan itu melainkan wahyu yang diwahyukan." (an-Najm: 3-4)