Hukum Fotografi
Tuesday, 7 July 2015
Sudut Hukum | Satu hal yang tidak diragukan lagi, bahawa semua persoalan gambar dan menggambar, yang dimaksud ialah gambar-gambar yang dipahat atau dilukis.Adapun masalah gambar yang diambil dengan menggunakan sinar matahari atau yang kini dikenal dengan nama fotografi, maka ini adalah masalah baru yang belum pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan ulama-ulama salaf. Oleh kerana itu apakah hal ini dapat dipersamakan dangan hadis-hadis yang membicarakan masalah melukis dan pelukisnya seperti tersebut di atas?
Orang-orang
yang berpendirian, bahawa haramnya gambar itu terbatas pada yang berjasad
(patung), maka foto bagi mereka bukan apa-apa, lebih-lebih kalau tidak sebadan
penuh. Tetapi bagi orang yang berpendapat lain, apakah foto semacam ini dapat
dikiaskan dengan gambar yang dilukis dengan menggunakan kuasa? Atau apakah
barangkali illat (alasan) yang telah ditegaskan dalam hadis masalah pelukis,
iaitu diharamkan melukis lantaran menandingi ciptaan Allah --tidak dapat
diterapkan pada fotografi ini? Sedang menurut ahli-ahli usul-fiqih kalau
illatnya itu tidak ada, yang dihukum pun (ma'lulnya) tidak ada.
Jelasnya
persoalan ini adalah seperti apa yang pernah difatwakan oleh Syekh Muhammad
Bakhit, Mufti Mesir: "Bahawa fotografi itu adalah merupakan penahanan
bayangan dengan suatu alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli teknik (tustel).
Cara semacam ini sedikitpun tidak ada larangannya.
Sekalipun
ada sementara orang yang ketat sekali dalam persoalan gambar dengan segala
macam bentuknya, dan menganggap makruh sampai pun terhadap fotografi, tetapi
satu hal yang tidak diragukan lagi, bahawa mereka pun akan memberikan rukhshah
terhadap hal-hal yang bersifat darurat kerana sangat diperlukannya, atau kerana
suatu maslahat yang mengharuskan, misalnya kartu pendliduk, paspor, foto-foto
yang dipakai alat penerangan yang di situ sedikitpun tidak ada tanda-tanda
pengagungan. atau hal yang bersifat merusak aqidah. Foto dalam persoalan ini
lebih diperlukan daripada melukis dalam pakaian-pakaian yang oleh Rasulullah
sendiri sudah dikecualikannya.[*]