Syeikh Muda Wali (wafat 1380H)
Sunday, 7 February 2016
Syeikh Haji Muda Wali bin Syeikh H.
Muhammad Salim, Asy-Syafil AI-Khalidi . Beliau lahir di Labuhan Haji, Aceh
Selatan, pada sekitar tahun 1907M. dan wafat 28 Mac 1961, bersamaan dengan 10
Sya`aban 1380H.
Pada waktu remaja belajar agama kepada :
1. Syeikh H.M. Salim Aceh Selatan, ayah
beliau sendiri.
2. Syeikh M. Idris Aceh Selatan.
3. Syeikh M. ‘Ali Lampisang, Aceh Besar.
4. Syeikh Mahmud Blang Pidi .
5. Syeikh H. Hasan Kureng Kale, Aceh
Besar.
6. Syeikh Hasbullah Indrapuri, Aceh
Besar.
7. Syeikh ‘Abdul Ghani Al-Khalidi Batu
Basurek, Bangkinang Sumbar.
8. Dan lain-lain Ulama’-ulama’ Besar.
Beliau naik haji ke Makkah, dan setibanya
kembali di Indonesia lantas mendirikan Madrasah Tarbiyah Islamiyah di Labuhan
Haji. Tidak lama kemudian memperkembangkan perguruannya dengan mendirikan Dayah
(pesantren) di Blang Proh Labuhan Haji Aceh Barat, yang luas kompleknya 1 Km.
persegi dengan nama "Darussalam fi Manbail ilmi wal Hikam". Bahagian
yang tertinggi dari madrasah beliau diberi nama "Bustanul Muhaqiqiin"
(Kebun orang-orang yang memperdalam ilmu-ilmu pengetahuan).
Beliau adalah seorang yang sangat kukuh
dan kuat menyebarkan, mempertahankan Agama atas dasar Mazhab Syafi’i dan juga menyebarkan faham
Ahlussunnah wal Jama`ah dalam i’tiqad. Bukan beratus, tetapi beribu-ribu murid
beliau yang diasuh dan dididik dalam Ibadat Islamiyah menurut dasar Mazhab
Syafi'i, tasawuf menurut dasar Tariqat Naqsyabandi Al-Khalidi. Acapkali beliau
menuliskan namanya dengan Tuanku Muda Wali Asy-Syafi’i, Al- Asy`ari, Al-Khalidi
(Syeikh Muda Wali penganut Mazhab Syafi`i dan faham Ahlussunnah wal Jama`ah
dengan Tasawuf Tariqat Al-Khalidi An-Naqsyabandi).
Sesudah beliau wafat pada tahun 1380
(1961M.) maka perguruan beliau dipimpin oleh anak beliau Muhibbuddin Wali,
Jamaluddin Wali dan murid beliau,H. Imam Syamsuddin Blang Poroh.
Foto Syekh Muda Wali Bersama anak-anaknya. |
Murid-murid beliau yang telah menjadi
kader-kader Islam Syafi’iyah yang sekarang menjadi guru-guru agama di
pelusuk-pelusuk Aceh sudah banyak sekali di antaranya :
1. Tengku Syeikh Adnan Mahmud Bakongan Aceh.
2. Tengku Syeikh Qamaruddin Taunon Aceh
Barat.
3. Tengku Syeikh ‘Utsman Al-Fauzi Cot Iri
Aceh Besar.
4. Tuanku Idrus Batu Basurek Bangkinang.
5. Tuanku Labai Sati Malalo Padang Panjang,
Sumbar.
6. Tengku Mohd. Daud Zamzamy, Aceh Besar.
7. Tengku Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Saleh,
Samalanga Aceh Utara.
8. Tengku Syeikh Mohd. ‘Isa Pudada Aceh
Utara.
9. Tengku Mohd. Amin Blang Bladeh Aceh
Utara.
10. Tengku Syeikh Syahbuddin Syah
Keumala, Aceh Utara.
11. Tengku Syeikh Jamaluddin Teupin Puiti
Lho Sukum.
12. Tengku Syeikh Ahmad Blang Nibong Aceh
Utara.
13. Tengku Syeikh Nawawi Harahap
Tapanuli.
14. Tengku Ja` far Siddik Kota Cane.
15. Tengku Amin ‘Umar Panton Labu Aceh
Utara.
16. Tengku ‘Abbas Parembeu Aceh Barat.
17. Tengku Syeikh Mohd. Daud Gayo Aceh
Pidi.
18. Tengku Syeikh Ahmad Lam Lawi Aceh
Pidie.
19. Tengku Abu Bakar Sabil Alu Tampak Aceh
Barat.
20. Tengku ‘Abdul lah Tanoh Mirah Biereu.
21. Dan masih banyak lagi .
Pendeknya dapat dikatakan bahawa Tengku
Syeikh Muda Wali adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang besar, yang membentuk
banyak ulama’-ulama’ Syafi`iyah yang siap sedia selalu menegakkan faham Mazhab
Syafi`i di Aceh dan di seluruh Indonesia. Pada masa hidup beliau, Tengku Muda Wali menggabungkan diri dengan Parti Islam Perti bersama-sama
Tengku H. Hasan Kureng Kalee.
Diambil dari buku: SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbasfoto dari: http://goo.gl/Xkb2XX